10 Antivirus Komputer Terbaik dan Tips Antivirus
Kebanyakkan dari kita yang gunakan komputer selalunya akan pasangkan antivirus dalam komputer/PC untuk keselamatan. Terdapat banyak antivirus yang boleh kita jumpa di internet. Tapi tak semuanya bagus dan boleh dipercayai. Sepatutnya kita kena berhati-hati untuk pilih antivirus yang sesuai supaya dapat berfungsi dengan baik dan tak menimbulkan masalah pada komputer kita nanti. Apa masalahnya? Baca sampai habis ye...
Saya pun gunakan antivirus kat laptop
DI bawah ni ada senarai antivirus komputer terbaik yang boleh kita gunakan untuk kawal keselamatan komputer kita dari virus/malware/spyware dll.
1. Avast
2. Avira
3. AVG
4. Bitdefender
5. Eset
6. Kaspersky Lab
7. McAfee
8. Panda
9. Symantec
10. Trend Micro
Seriously antara 10 antivirus kat atas tu, saya cuma pakai Kaspersky je. Saya pernah guna AVG dengan Avira, tapi memang prefer Kaspersky lagi. Sebenarnya kita pakai la Antivirus yang kuat mana sekalipun tapi kita sendiri yang buat kesalahan benarkan virus tu masuk, memang virus tetap akan masuk.
Ada yang tanya saya antivirus mana yang bagus, saya cakap Kaspersky. Tapi berbayar la kan..Tapi kalau tak pandai jaga virus tetap buat sarang:-D. Cuma kurang la sikit dari pakai antivirus free tu. Kalau pandai jaga pakai yang free pun dah cukup. Avira pun ok.;-)
Tips memilih antivirus ni bergantung kepada spec(spesifikasi) komputer kita. Kalau spec tinggi boleh la pakai antivirus yang terkini sebab pencipta antivirus akan sentiasa update dari tahun ke tahun untuk tambahkan lagi fungsi antivirus tu. Bila diorang update, saiz antivirus tu akan bertambah berat dan kalau spec rendah kita gunakan antivirus berat, mula la komputer jadi lembab semacam. Bukan sebab virus tapi antivirus tu sendiri.
Contohnya kalau laptop saya ni spec rendah, bila saya try install Kaspersky 2010, memang macam
Selalu virus yang masuk samada melalui internet ataupun penyebaran melalu pendrive. Paling mudah sekali masuk melalui pendrive. Sebab tu bila kita berkongsi pendrive, jangan lupa scan dulu. Jangan bukak pendrive melalui double click, bukak melalui address bar ataupun run lebih selamat.
Ok, setakat ni dulu tips untuk entri kali ni. Tak nak panjang-panjang nanti jadi bosan sampai tetido sebelum habis baca. :-p. Tips-tips ni melalui pengalaman saya sendiri untuk dikongsi bersama. Nanti kalau ada tips lagi saya kongsi lagi. Banyak lagi ni..Stay tuned with zuarxpdc.com ok. Kalau korang ada soalan boleh tinggalkan komen di bawah tanpa paksaan. Nak share pengalaman pun boleh..Kalau yang ada Facebbok tu jangan lupa add group Sumber Informasi Terkini k.:-D
Sebelum bersurai saya nak tanya sikit korang guna antivirus apa?
Tidak ada komentar :
Posting Komentar